Wednesday, February 4, 2009

Perjalanan Haji 1429 : Bahagian 1





Setiap Manusia pasti menyimpan hasrat dan impian. Setiap kita mengimpikan hasrat itu tercapai, dan Alhamdulillah 2008 (1429 Hijrah) menjanjikan penutup yang tidak akan saya dan suami lupakan. Kami telah di panggil untuk menunaikan Haji 1429.

“Labbaik Allahumma Labbaik. Labbaik, La Shareek Laka,
Labbaik. Innal Hamdah, Wan Nematah, Laka wal Mulk,
La Shareek Laka"

‘Aku datang memenuhi tuntutan mu Ya Allah”

Setiap kali menyebut atau mendengar kalimah ini rasa terharu pasti datang. Menghayati maknanya sahaja sudah cukup membuat hati saya tersentuh, meremang bulu roma rasanya. Di sini saya menulis bukan untuk berbangga atau menunjuk, saya lebih ingin berkongsi cerita dan rasa serta pengalaman. Yang baik di jadikan tauladan yang buruk minta di jauhkan.

Di bahagian pertama untuk cerita perjalanan haji kami ini , saya ingin berkongsi dengan semua bagaimana kuasa Allah SWT mampu mengatasi segalanya. Saya dipanggil menunaikan haji pada tahun 1996, tawaran ini pada awalnya terpaksa di tolak kerana melanjutkan pelajaran di UUM. Pada tahun 2000 sekali lagi tawaran ini tiba dan sekali lagi saya menolak atas alasan meyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Dan tahun-tahun berikutnya 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007 tawaran itu terus datang dan dengan hati yang berat saya terus menolak tawaran ini. Kali ini saya terpaksa menolak kerana tiada mahram memandangkan semua ahli keluarga telah pergi dan suami belum cukup simpanan : ). Rasa bersalah bersalah? Pasti!! Kerana saya telahpun menunaikan Umrah sebanyak 4 kali melancong ke serata tempat, shoping barang-barang keperluan dan bukan keperluan mengikut nafsu tapi rukun Islam yang ke lima ini belum saya penuhi!!Apabila tawaran untuk menunaikan haji 1429 tiba di rumah pada Februari 2008 saya terus mendiamkan diri sekali lagi, mama dah mula bising. Macam mana nak pergi duit simpanan suami belum cukup.. saya pula menyambung pelajaran lagi, anak2 masih kecil, hutang masih banyak…Saya Buntu!!



Kak Nor..sahabat saya di ofis beria-ia mengajak saya menunaikan haji tahun 2009, mulanya saya diam lama kelamaan saya terpikir kenapa banyak sangat alasan yang saya sendiri reka. Saya percaya setiap tindakan dan keputusan yang baik insyaAllah Allah pasti membantu dan memudahkan. Lebih-lebih lagi jika kita betul-betul ikhlas. Pada bulan Jun saya memujuk suami untuk pergi menunaikan Haji pada tahun 2009. Saya katakana padanya InsyaAllah kita cuba kumpul duit ada rezeki terutama jika niat kita baik. Alhamdulillah Suami setuju. Saya terus menelefon adik yang kebetulan ketika itu sedang menunaikan umrah bersama mama, daddy, tok , wan dan pakcik-pakcik2 yang lain. Saya katakana pada adik “mintak semua orang doa supaya akak boleh pi mekah tahun depan tau!!”


Sekembalinya mama dan daddy dari umrah, beria-ia mereka menyuruh kami pergi Haji tahun ini juga. Sekali lagi kami buntu (DEAD END )tinggal berapa bulan lagi dah hampir bulan haji.. sempat ke kumpul duit ni?? Tok wan saya yang sememangya amat sayangkan suami saya sanggup menaja suami saya sepenuhnya…. Kami masih diamkan diri.. kerana kami hendak cuba kumpul duit sendiri. Suami pula baru naik pangkat, mungkin sukar untuk suami meninggalkan kerja. Beliau juga cuba membuktikan dia layak untuk jawatan itu jika dia pergi dalam keadaan belum confirm bagaimana?? Tapi jauh dalam sudut hati saya hendak pergi haji segera. Saya cuba memujuk suami saya katakan insyaAllah kalau kita tinggalkan keperluan duniawi kerana Allah dan ke jalan Allah, keberkatannya lebih dan insyaAllah Tuhan akan sentiasa memelihara kita. Akhirnya suami bersetuju, cabaran seterusnya memastikan kami cukup duit dan rayuan kami di terima oleh tabung haji.

Surat rayuan kami hantar ke tabung haji pada bulan August 2008 hanya beberapa hari sebelum umat Islam mula berpuasa. Saya menaruh harapan setinggi gunung Himalaya, dalam masa yang sama juga saya takut jika terlalu mengharap. Kata-kata beberapa orang yang dikenali mengatakan mungkin agak sukar untuk mendapat tempat pada tahun ini , kerana ramai yang ingin menunaikan haji pada tahun 2008 memandangkan tambang haji mungkin akan naik tahun hadapan. Kenyataan ini sedikit memberi kesan pada saya..sedih lagi….

Tahun 2008 giliran saya berhari raya di rumah mentua di Raub Pahang, sedang sedih-sedih kerana terpaksa beraya di perantauan Daddy dari kampung menelefon, membawa khabar gembira “IDZFAN dapat surat dari tabung haji TAWARAN MENUNAIKAN HAJI 1429: TERPILIH” …..Saya terdiam… terasa muka panas , hidung panas mata dah berair.. Ya Allah Syukur Alhamdulillah. Dan dari hari itu Perjalanan Haji kami pon bermula………

1 comment:

aeri said...

alhamdulillah... semoga amal ibadat akan diterima olehNya dan mendapat haji yg mabrur.amin